Terma Pelanggan

Penggunaan Perkhidmatan yang terdapat di dalam laman web portal TitiwangsaOnline.com (e-TTWO) ini tertakluk kepada pembukaan dan kelulusan pihak penguruan laman web portal ini.  Kami berhak untuk menolak atau menghadkan akses anda terhadap Perkhidmatan yang ditawarkan.

Jangan salah gunakan Perkhidmatan kami. Sebagai contoh, jangan ganggu Perkhidmatan kami atau cuba untuk mengaksesnya dengan menggunakan kaedah selain daripada yang termaktub di dalam laman web portal dan arahan yang kami berikan.

Bagi pengesahan Akaun anda, dari masa ke semasa, kami boleh meminta maklumat tambahan daripada anda, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengesahan nama, alamat, dan maklumat mengenal pasti yang lain. Dengan menyerahkan permohonan bagi penggunaan Perkhidmatan ini, sekiranya anda seorang individu, anda mewakili bahawa anda berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.

Alamat emel anda merupakan Nama Penggguna anda. Sila ingat alamat emel yang telah anda gunakan sewaktu mendaftar. Sebagai penggguna baru, langkah pertama yang harus anda lakukan sebelum mengakses ke laman web portal TitiwangsaOnline.com (e-TTWO) adalah dengan mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu. Pendaftaran adalah percuma. Sila klik pada pautan daftar yang terdapat pada ruangan atas sebelah kiri laman web portal.