Dasar Privasi e-TTWO

PRIVASI ANDA
Muka-surat ini menerangkan dasar privasi kami termasuklah kegunaan dan perlindungan daripada semua maklumat yang dimasukkan oleh pelawat. Jika anda memilih untuk mendaftar dan berurusniaga dengan menggunakan Web Portal e-TTWO ataupun menghantar e-mel yang mengandungi data-data peribadi, data-data ini mungkin akan dikongsikan bersama-sama dengan pihak ketiga yang lain dalam usaha untuk membantu anda secepat dan secekap yang mungkin.

COOKIES
Sesetengah laman web (termasuklah laman portal kami) menghasilkan ‘cookies’, yang dikumpulkan oleh pelayan laman web bagi membolehkan ianya mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. ‘Cookies’ ini tidak menyimpan data-data anda secara kekal dan ianya juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. ‘Cookies’ akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.

MAKLUMAT LOG
Apabila anda mengakses laman portal e-TTWO, pelayan web kami akan secara automatik merekod maklumat yang dihantar oleh pelayar setiap kali anda melayari satu-satu laman web. Log pelayan ini termasuklah maklumat seperti permintaan web, alamat Protokol Internet, jenis pelayar, bahasa pelayar, tarikh dan masa permintaan anda dan satu atau lebih ‘cookies’ yang secara uniknya mengenalpasti pelayar anda.

PERLINDUNGAN DATA
Teknologi terkini termasuklah perisian enkripsi digunakan untuk melindungi apa jua data yang diberikan kepada kami dan standard keselamatan yang ketat juga dikekalkan untuk mengelakkan sebarang akses yang tidak dibenarkan.

MAKLUMAT TERKUMPUL
Tiada sebarang maklumat peribadi anda disimpan semasa anda melayari lweb portal e-TTWO kecuali maklumat yang diberikan kepada anda melalui e-mel, di mana ianya adalah di bahagian laman web portal yang dijamin selamat.

PERTUKARAN POLISI
Jika terdapat sebarang pertukaran pada dasar privasi, ianya akan dikemaskinikan di laman web portal ini. Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi bagi memastikan anda sentiasa tahu tentang maklumat mana yang disimpan, bagaimana dan bila ianya digunakan dan jika ada, adakah ianya dikongsikan bersama pihak lain.