Satay Zainah Keramat

0
421

Boleh dikatakan kebanyakkan rakan-rakan TTWO kalau nak makan satay selalu ke luar kawasan. Sebenarnya di dalam kawasan Titiwangsa ini ada banyak perniagaan satay yang lebih baik ataupun sekurang-kurangnya menyamai kualiti perniagaan-perniagaan satay tersohor di Malaysia.

Satay daging oleh Satay Zainah, dibakar dengan sempurna!

Tak payah cari jauh-jauh, dekat-dekat pun ada. Di Kg Datuk Keramat contohnya, terdapat beberapa perniagaan sate yang tidak kurang hebatnya. Jom singgah ke Satay Zainah Ismail (Ismail Sate) yang terletak berhampiran dengan LRT Damai dan Keramat Mall. Satay Zainah ini memang masyhur satu Malaya di kalangan geng “Kipas Susah Mati”. Sudah tiga generasi lamanya Satay Zainah ini beroperasi!

Satay Ayam Zainah panas lagi off the grill!

Team-TTWo rasa pasti ramai yang tak tahu yang pengusaha Zainah Satay ini adalah cucu kepada Allahyarham Haji Abdul Majid bin Hussein atau lebih dikenali sebagai Majid Satay iaitu seorang usahawan Bumiputera yang cukup berjaya di zamannya. Beliau juga mendapat julukan Raja Satay Malaysia! Restorannya yang dikenali dengan nama Sate Anika memnag sangat popular suatu masa dahulu.

MENU
Aneka Satay dan Minuman

LOKASI
1077, Lorong Kiri 20,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur

WAKTU OPERASI
06:00 PM – 11:45 PM setiap hari.

HUBUNGI
016-618 1649 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.