Tentang Titiwangsa Online

0
378
Kampung Baru

Salam!

Selamat Datang ke Laman Web Portal Komuniti  Niaga Titiwangsa Online (Portal e-TTWO)!  Tujuan laman ini ditubuhkan adalah untuk menyalurkan informasi dan keceriaan di alam maya, khas untuk warga Parlimen Titiwangsa dan seluruh Netizen secara amnya. Terlebih dahulu kamii ingin MENEGASKAN bahawa pihak pengurusan Portal e-TTWO TIDAK mewakili mana-mana badan kerajaan, parti politik atau NGO.

Kampung Pandan dan Ampang Hilir.

Kami mengalu-alukan penyertaan Warga Niaga Titiwangsa, terutama sekali daripada golongan sasar utama kami iaitu usahawan atau peniaga IKS/SME/Bekerja Dari Rumah untuk menyertai kami di Portal e-TTWO ini. Penyertaan adalah PERCUMA dengan syarat anda bermukim atau menjalankan perniagaan di kawasan-kawasan yang berada di bawah urus-tadbir Parlimen Titiwangsa iaitu:

Setapak Selatan, Kompleks Damai, Jalan Raja Muda, Dato Keramat Utara, Dato Keramat Tengah, Dato Keramat Selatan, Kampung Baru Utara, Kampong Bharu Tengah, Kampong Bharu Selatan, Dato Keramat Seberang, Jalan Ampang, Jalan Mengkudu, Kelab Golf Selangor, Desa Pandan, KampUng Pandan Dalam, Taman Maluri, KampUng Pandan Tengah, Jalan Cochrane, KampUng Pandan Luar, Jalan Jejaka.

Keramat dan kawasan sekitarnya.

Anda boleh memilih mana-mana saluran di bawah ini untuk menyenaraikan perniagaan atau perkhidmatan anda:

  1. Direktori Niaga -listing perniagaan, pencarian maklumat produk/perkhidmatan
  2. TTWO Classifieds -iklankan apa sahaja di sini: produk/perkhidmatan, kenderaan etc
  3. Bazaar eTTWO – anda ada produk untuk dijual? Promosi produk anda di sini
  4. Events eTTWO – hebahkan program atau majlis yang akan berlangsung di sini
  5. Sumbangan Artikel -artikel menarik berkenaan komuniti anda di sini