Inap Desa Simin Homestay Kg. Baru

0
334

Inap Desa Simin Homestay terletak di Jalan Raja Alang, Kg Baru lebih kurang dua minit berjalan kaki ke Masjid Jamek Kg Baru yang terkenal dengan bubur lambuk Ramadan itu.

Reka bentuk dalaman  Inap Desa Simin Homestay kemas, menarik dan elegan untuk mereka yang ingin menikmati suasana harmoni. Setiap unit terdiri daripada 3 bilik tidur dengan 1 bilik mandi dan disediakan dengan kemudahan lain seperti televisyen dengan saluran Astro, peti sejuk mini, bilik berhawa dingin dan banyak lagi. Homestay ini boleh ditempah dalam dua pilihan iaitu keseluruhan unit atau hanya satu bilik.

Inap Desa Simin Homestay Apartment.Lokasi homestay ini sesuai bagi pengunjung yang berkeluarga ingin pergi bersiar-siar ke tempat-tempat menarik di pusat bandar seperti Masjid Jamek, Chow Kit Road, Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kompleks Sogo Shopping, Dataran Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Pavilion / Bukit Bintang / Star Hills / Fahrenheit, Pasar Seni dan KL Sentral hanya kurang dari 5 km dari homestay ini.

JENIS BILIK DAN HARGA TEMPAHAN

1. Family Room (8 pax) : RM 318 (Hujung Minggu) RM 265 (Hari Biasa)
2. Double Room (2 pax) : RM 145 (Hujung Minggu) RM 135 (Hari Biasa)
3. Single Room (1 pax) : RM 95 (Hujung Minggu) RM 85 (Hari Biasa)

Bilik air dilengkapi dengan alat mandian moden.

LOKASI

Lot 61, Jalan Raja Alang,
Kampung Bharu,
50300, Kuala Lumpur.

– Lorong Masjid Jamek, Kampung Baru
– Sebaris dengan Restoran Wong Solo and Hospital Al-Islam Specialist
– Berhadapan dengan Restoran Tomyam 3000 and HR Steak House, Kampung Baru

Bilik tidur ala hotel.

BOOKING/TEMPAHAN

Tel (Office): 603 4253 1188
Tel (H / F): 6012 250 1167

LAMAN WEB/URL

http://siminhomestaykl3.blogspot.com/